Saturday, March 3, 2012

PELURU EMAS jr

LIMBAT + HUSIN

Anak kepada Peluru Emas. Baru nak mencecah umur muda. Dari baka Limbat + Husin. Setting untuk dijadikan pembaka kerana memenuhi ciri2 pembaka yang CJ cari antaranya ialah pinggang yang panjang serta tarik walaupun belakang lurus tanpa lekuk@patah (tarik leher).



Sunday, February 19, 2012

Video : Murai Batu Sabah King 1


Mari layan video burung murai batu sabah kepala putih. Saiz badan besar sedikit dari murai batu ekor panjang. Ekornya x berapa panjang tapi bunyinya pelbagai variasi dan kuat. Murai batu sabah senang dijinakkan dan boleh dibawa main di luar sangkar jika dipelihara dari anak.

Murai Batu Sabah king 2


Lawan luar sangkar

Murai batu serama sabah 3

Saturday, February 11, 2012

Transformasi baka keruwak


Gaya jalan robot + ketar teman sparring peluru bonsai jr.

Sebelum CJ mula main serama di Sabah sekitar tahun 2007 baka keruwak merupakan antara baka lawan meja yg sering champion di Sabah. Kategori induk terutamanya umpama sudah di booking oleh baka ini. Antara ciri baka keruwak ialah:

1. Balung halus
2. Saiz A
3. Kuat kibas sayap
4. Jalan angkat kaki tinggi (robot)
5. Mata bulat besar dan hitam.

Baka keruwak kini telah CJ upgrade dengan menambah 1 lagi ciri istimewa iaitu LEHER KETAR. Dengan memasukkan sedikit darah baka kijang maka lahir banyak keruwak yang ketar lehernya. Ada ibu keruwak yg melahirkan 80% anaknya ketar dengan memasukkan jantan kijang.

Dijangka 2012 akan muncul peluru sabah dari darah keruwak yg menyinar terutamanya kategori induk dan anak.


Friday, February 10, 2012

Peluru Bonsai Jr.


Anak kepada Peluru bonsai. Baru 1 minggu training atas karpet. Leher ketar baru nampak ketara 3 hari. Hari nie gegarannya semakin menjadi2 setelah seharian ditinggalkan dalam serkup berhampiran sangkar murai batu. Mungkin takut tengok murai tu terbang.

Tuesday, January 24, 2012

KUNING 2012

Tahun nie nak try buat aym kuning pula. Bapak pembaka warna kuning sudah ready cuma kekurangan induk kuning ja. So, terpaksa beli dari kawan2 dan ada juga induk kuning kaki hijau turut digunakan. Gambar di bawah ialah antara koleksi kuning yang sedap juga mata memandang. Aksesori cukup cantik hanya menunggu gayanya ja.

Ayam kuning CJ terbahagi kepada 2 baka iaitu :

1. Baka kijang ( ekor hitam, lawi hitam outline kuning, kaki kuning )






2. Baka Limbat ( ekor kekuningan, lawi emas, kaki kuning@hijau )


Monday, January 9, 2012

Foto : Tanding 8/1/2012 papar

Sekilas gambar game 8/1/2012


Manisan laut - BOTB


Sungguh ganas di meja


Warna menarik


Cantik mainan aym nie.....


Ayam gaya paling hebat dimata CJ. Walaupun hanya no.3 dlm kategorinya namun
juara dimata penonton. Mungkin kalah markah ekor. Syabas Cgu Mail Kurniaserama.





Syabas buat Kelab Serama Papar. Pengurusan pertandingan yang lancar dan sempurna. Penonton semakin ramai yang menyaksikan pertandingan. Kelibat player baru juga semakin ramai.


Pencapaian CJ:
Kategori A - Juara
Kategori anak A - Juara
Kategori muda - No.2
Kategori ABS - No.4
Kategori Induk - No.4


Sunday, January 1, 2012

Tanding : 8/01/2012 PAPAR

PERTANDINGAN KESENIAN DAN KECANTIKAN AYAM SERAMA
PERINGKAT NEGERI SABAH

Tarikh : 8/1/2012
Tempat : Tapak tamu papar ( depan petronas )
Masa : Pendaftaran 8.00 pagi
Anjuran: Pemuda UMNO Papar dengan kerjasama Kelab Serama Papar

Kategori : A, B, ATL, Muda, Induk, Remaja (rm30) Anak A & B (rm20)

KATEGORI ANAK A DAN ANAK B TERBUKA KEPADA JANTAN @ BETINA

Sunday, December 11, 2011