
Ini ialah anak dari induk kuda laut juga iaitu adik beradik betina pada entry CJ yang lepas. Anak jantan ini memiliki kaki dan peha yang tinggi sehingga sayapnya hanya separas lututnya sahaja apabila ia tarik. Kalau tanding memang kurang lah markah sayap.

Teknik fotografi yang menarik. Bukan senang nak susun ayam berbaris macam nie :) Sebenarnya anak induk kuda laut nie menetas 3 biji serentak atau dengan kata lain anak 3 ekor dalam foto di atas adalah sama umur dari induk dan bapak yang sama. Anak yang paling kecil tu semasa kecil dah 2,3 kali masuk ICU kerana sakit dan sekali tengok dah macam x ada harapan nak hidup. Tetapi sekarang nie dia sudah kembali cergas dan aktif cuma kelihatan sedikit awet muda. Orang kata anak yang masa kecil selalu sakit nie la yang besar nanti potensi dia lain macam. Kita tungggu dan lihat nanti. Tunggu.........