PERTANDINGAN KESENIAN DAN KECANTIKAN AYAM SERAMA 2011
PERINGKAT NEGERI SABAH
Tarikh : 06 / 03 / 11 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Lokasi : Tamu Papar
Kategori :
Ayam A
Ayam B
ABS
Muda
Induk
Remaja
Anak
Yuran :
Remaja - Ayam A Rm 30
Anak Rm 15
|
skip to main |
skip to sidebar
Sunday, February 20, 2011Pertandingan : 06/03/11 PaparPERTANDINGAN KESENIAN DAN KECANTIKAN AYAM SERAMA 2011 PERINGKAT NEGERI SABAH Tarikh : 06 / 03 / 11 (Ahad) Masa : 8.00 pagi Lokasi : Tamu Papar Kategori : Ayam A
Remaja - Ayam A Rm 30 Tuesday, February 15, 2011Peluru Emas Pembaka UnikIni ialah jantan pembaka di reban CJ yang bernama Peluru Emas dari baka limbat. Cutting dia cukup lentik dan segalanya original. Cuma balungnya agak besar tidak sesuai dengan kepalanya yang kecil. Kalau tidak disebabkan balung memang dari awal lagi CJ set up utk bawa game. Dah memang takdir dia hanya jadi pembaka full time :) Ini anak dia warna kuning bersih umpama emas. Balung kecil je. Ayam saiz mini berat 230g ![]() Ini pun anak dia paten ikut bapak. Balung ori cantik tersusun. Juga ayam saiz mini berat 250g. ![]() Ekor kena tarik skit baru boleh turun leher. ![]() ![]() Bapak balung besar tidak semestinya akan diwarisi oleh anak2nya. Kena pandai cari induk balung halus. Guna induk balung besar pun kadang2 keluar juga anak balung kecil. Saiz bapak pembaka juga begitu. Bagaimana bapak B boleh hasilkan anak saiz AA dibawah 250g. Apapun bergantung kepada rezeki juga. *** kedua2 anak Peluru Emas kini milik Saudara Razak Papar.
Wednesday, February 9, 2011Tips : Cacing oh cacing ......Cacing merupakan endoparasit yang selalu menyerang pets. Endoparasit boleh di difinisikan sebagai parasit yang menyerang anggota dalaman. Lawan kepada endoparasit ialah eksoparasit yang menyerang bahagian luaran contohnya kutu dan hama. Serangan endoparasit seperti cacing umpama silent killer yang menyerang secara senyap tanpa disedari oleh kita. Ayam penelur lebih berisiko tinggi berbanding ayam daging!! kenapa?? Sebabnya ayam daging biasanya jangkamasa pelihara adalah singkat sekitar 35 hari sahaja. Ayam penelur pula lebih lama dipelihara sehingga produksi telurnya menurun. Bagaimana pula dengan ayam serama? serama dipelihara biasanya lebih lama dari ayam penelur. maka risiko serama diserang cacing adalah sangat tinggi. Ladang ayam yang sistematik dengan pembersihan dan pencegahan penyakit yang berjadual pun tidak dapat lari dari cacing. Inikan pula reban serama kita yang di belakang rumah. APAKAH TANDA-TANDA AYAM YANG KECACINGAN? 1. Kurus walaupun kuat makan 2. Nampak lesu 3. Kadang-kala berak berdarah, kehausan dan minum terus-menerus. 4. Produksi telur menurun atau terhenti. Tahukah anda bahawa sistem breeding ayam serama membuatkannya sangat berisiko tinggi untuk terkena serangan cacing??? Mengapa? Perumah utama cacing adalah didalam usus. Ia membiak dengan cepat didalam usus dan berkongsi makanan dengan perumahnya. Bilangan cacing yang banyak akan dikeluarkan melalui najis dalam bentuk cacing itu sendiri atau telur cacing. Najis yang mempunyai telur cacing kadang-kala dimakan oleh ayam lain, maka bermulalah kitaran satu persatu serama akan kecacingan. Sistem reban yang berlantai dengan najis yang terkumpul umpama syurga bagi cacing untuk membiak. Dari mata kasar tiada cacing yang kelihatan tapi sebenarnya penuh dengan telur2nya bersedia untuk masuk ke perumahnya yang baru. Selain daripada najis, vektor pembawa cacing ialah lalat, kumbang, siput dan lain2 serangga termasuk semut!! Cacing tanah juga adalah vektor yang sangat berisiko. Ayam yang dikurung 24 jam dalam reban pun ada risiko jika vektor2 ini ada di sekeliling reban anda. Pencegahan cacing 1. Tanam ayam yang mati melebihi 20meter dari reban dengan kedalaman 1.5meter. Wahhh... dalamnya bro... nak senang CJ biasanya masuk dlm plastik, ikat dan buang dalam tong sampah. 2. Minimunkan vektor pembawa cacing dengan mengamalkan kebersihan reban yang optimum. 3. Pastikan pengudaraan adalah baik bagi reban yang lantai tertutup supaya najis cepat kering. Najis yg lembab akan menyebabkan cacing mudah membiak. 4. Taburkan kapur atau abu di bawah reban supaya kadar resapan tanah menjadi lebih baik. Ini adalah bagi reban alas dawai BRC. CJ sendiri pun skarang nie tgh upgrade reban lantai plywood kepada lantai dawai BRC. Eksperimen reban breeding guna lantai dawai menunjukkan keputusan yang sangat baik. Posting berikutnya akan CJ ceritakan lebih lanjut. Ramai rakan2 serama bertanyakan CJ mengenai ayamnya yang sakit. Soalan pertama CJ ialah "dah bagi ubat cacing ka?". Ingat!!! apabila organ dalaman rosak disebabkan cacing maka mengambil masa yang agak lama untuk pulih. Jadi, beringat sebelum kena. Sediakan payung sebelum hujan :) *** Kalau x ada ubat cacing sila hubungi CJ. Setakat ini ubat cacing MEDION TRIWORM merupakan ubat paling laris dan byk permintaan. Monday, February 7, 2011Friday, February 4, 2011Pertandingan : 5 FEB 2010 PAPARPERTANDINGAN KECANTIKAN DAN KESENIAN AYAM SERAMA 2011 PAPAR, SABAH. EDISI KHAS Tempat : Rumah Cikgu Putera, Kg. Beringis Papar Masa : 2 Petang Kategori : Anak A, Anak B dan Anak C ( Jantan @ Betina ) Yuran : RM5.00 seekor Pertandingan edisi khas ini buat julung kalinya diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada geng serama Sabah untuk lepas gian sementara menunggu pertandingan sebenar pada 6 Mac 2011. Setiap kategori layak disertai oleh jantan atau betina. Setiap peserta juga diwajibkan membawa bersama 1 HAMPER sebagai tanda sokongan dan memeriahkan lagi suasana pertandingan. Hamper tersebut akan dijadikan hadiah iringan di samping wang tunai. Hadiah wang tunai bergantung kepada penyertaan. ANAK B ANAK B Thursday, January 13, 2011Pembaka Jantan 2011Post kali ini CJ nak memperkenalkan hero2 yang melahirkan generasi Serama Peluru Sabah 2011. Kebanyakan serama ini dipilih berdasarkan ciri2 tertentu yang unik serta memenuhi citarasa CJ. Setiap pembaka ini mempunyai kelebihan dan kelemahan yang berguna untuk upgrade anak2 yg bakal dilahirkan. Teras pembaka peluru2 CJ adalah dari darah LIMBAT!! ![]() PELURU RINTIK Baka : Limbat + Kijang Ciri pilihan : Warna rinting serta aksesori kemas Baka : Limbat Ciri pilihan : Warna emas, kaki halus Baka : Limbat + Husin Ciri pilihan : Kaki tinggi, bulu kemas. Baka : Kijang + Keruwak Ciri pilihan : Gaya Baka : Limbat Ciri pilihan : Aksesori, saiz, bulu kemas. PELURU KARAT Baka : Limbat Ciri pilihan : Gaya, bulu kemas. Wednesday, December 29, 2010JUAL : Sold Out 2010Senarai Peluru2 CJ yang telah dijual sepanjang bulan Disember 2010. Dah habis stok power di reban CJ ;) Wednesday, December 8, 2010Tips : Straddle leg and crooked toesSalam bro.... Macam biasa kalau nak tengok ayam cantik kena buka blog sabahat CJ yang lain. Blog CJ nie banyak gambar ayam sakit n cacat je ;) Hari nie CJ nak tunjuk gambar aym cacat dan perkenalkan 2 istilah penting dalam dunia breeding serama iaitu ; STRADDLE LEG (SL) = Kaki kangkang CROOKED TOES (CT) = Jari kaki bengkok SL dan CT adalah fenomena biasa bagi breeder unggas. Ia bukan penyakit tetapi adalah sejenis kecacatan genetik yang membawa kepada perubahan fizikal. Kecacatan ini dapat dikesan pada hari pertama tetasan dan jika dibiarkan tanpa sebarang tindakan susulan maka aym tersebut akan cacat selamanya. Daripada pembacaan CJ dapati bahawa unggas yg berkaki halus dan tinggi berisiko untuk terkena kecacatan ini. Byk kes terjadi pada burung kuang. Foto di bawah menunjukkan SL dan CT pada anak ayam dan burung kuang. Anda perhatikan dan fahaminya. CJ sendiri belum mencubanya sebab tiada anak ayam yg boleh dibuat eksperimen. Ada sekor remaja yg kena ST tapi dah terlambat sbb x buat masa dia masih anak. Kaedah ini hanya sesuai utk anak yg umur bawah 1 minggu tapi lagi cepat lagi bagus. Lihat jari kaki anak aym ini kelihatan bengkok di kenali sebagai CT. Cara nie paling senang guna pita pelekat je.
Sekali tengok macam senang je nak buat. Anda harus mencubanya. Pastikan semasa rawatan lantai reban mestilah tidak licin...
Sunday, December 5, 2010Tips: Masalah kulit telur lembikKULIT TELUR LEMBIK TELUR PENYU TELUR LICAK Masalah besar nie bro. Induk beli mahal2 tapi bila bertelur keluar telur penyu. Kalau telur penyu betul walaupun lembik tapi dieram dalam pasir boleh juga menetas :) Apa sebenarnya punca masalah nie??? CJ sendiri bukanlah pakar dalam bab nie. Oleh itu CJ ingin berkongsi petikan yang berkaitan dengan masalah ini. Kalau nak baca lidah kena setting ubah tune skit sebab dalam bahasa Indonesia. kerabang = kulit@cengkerang feses = najis Apakah yang menyebabkan kerabang telur ayam menjadi lembek? Apakah dapat disebabkan karena kelebihan dosis Egg Stimulant? Bagaimana cara pencegahannya supaya kerabang telur menjadi normal kembali? Saturday, November 20, 2010Projek Peluru Biru 2011Susah juga nak dapat ayam cantik nie. Kena byk mencuba dan perbaiki mana yang kurang. Tahun depan CJ akan nak cuba upgrade generasi Peluru Biru yang setakat ini masih ada sedikit kelemahan. Ciri2 menarik pada generasi Peluru Biru yg CJ kenal pasti ialah; a. Leher S b. Dada besar c. Cepat galak d. Balung halus Cuma sedikit kelemahan yg perlu di upgrade sepenuhnya iaitu bahagian kaki. CJ dapati kaki generasi PB nie kurang halus dan perlu sedikit tinggi. Kelihatan seperti betina kerana kepalanya yg kecil dan balung yg halus. Leher dan kepala masih belum tumbuh bulu sepenuhnya. Masih belum 'berdiri'. Belum berkokok. PB punya dada lain macam ja CJ tengok. Dia punya cutting selagi belum 'berdiri' mmg nampak hodoh. Sekali sekala kalau dia terkejut nampak kucing mmg terus lonjak ;) Apapun, masih banyak perkara perlu diperbaiki. Cuba... cuba..... dan cuba.....
Subscribe to:
Posts (Atom)
Serama Anugerah AllahBalung kalimah Allah. Subhanallah...... CJ's Profile
Jaisya Hj Mokhtar
Cikgu Jai (CJ)017-8199123 Kinarut, Papar Sabah. jaguhserama@yahoo.com Maybank 1101 8905 5329
About Me
Selamat datang ke serama sabah gedung informasi serama terkini. Segalanya tentang serama ada di sini.
FollowersMudah.comJUALAN TERKINIPets yang ada stok : - STOK AKAN SAMPAI - HARGA SERAMATop 3 pertandingan RM500 +++ Harga jantan dan betina sama Harga 1 ekor untuk buat baka: Anak 1-2 bulan RM80 Anak 2-4 bulan RM100 Remaja RM150 Muda RM150++ ** Cutting utk pembaka dijamin boleh breeding. Harga 1 ekor untuk pertandingan: Anak 1-4 bulan RM150++ Remaja RM200++ Muda RM350++ *** Ayam dijamin bergaya. Tiada jaminan boleh breeding. Penghantaran boleh diuruskan bergantung kepada lokasi penerima. Penghantaran menggunakan bas ekspress RM25 pada hari Sabtu@Ahad sahaja. Search This BlogChatting BoxBlog Pilihan
My Blog List
Feedjit |