Wednesday, May 12, 2010

Jualan : Ayam Cgu Rosli Papar, Sabah.

CJ dimaklumkan Cikgu Rosli Papar ingin menjual beberapa ekor anak A baka terpilih. Selain daripada itu terdapat serama pelbagai peringkat umur turut hendak dilepaskan kepada anda dengan harga yang berpatutan. Ayam hebatnya TRIPLE H baka spaka masih dinanti untuk ditukar geran :)
Jika berminat sila hubungi di talian 014-3560203 atau 019-8728298





Tuesday, May 11, 2010

Video : Anak induk mahal1

Bising sungguh hari pertama di asingkan dengan geng dia. Hari ini bermulalah CJ nak try asing nak tengok sejauh mana potensinya yang sebenar.


Video : Anak induk mahal

Baru nak mula training. Sepupu dia gegar habis tapi dia nie belum nampak tanda nak gegar tapi lonjak dada boleh tahan.


Monday, May 10, 2010

Video : Anak baka Sabah....



Boleh tahan juga baka Sabah nie.... :)

Friday, May 7, 2010

Sami Merah juga ingin ke Penang...... ( KINI KEPUNYAAN Mr. Y PENANG )

SAMI MERAH diberi nama....
Dari baka Cikgu Zaki Kebakat....
Ayam tarik gegarrrrrr.....





Videonya akan CJ masukkan kemudian....

Beli pun boleh... Anda tawarkan harga...

Tukar dgn ayam pun boleh.......

Bakal terbang ke Penang....

Jantan ini di beri nama TRIPLE H memiliki tubuh yang cantik dan dari baka yang hebat. Ia di bawa masuk ke Sabah pada tahun lepas. Ini ialah anak lanun dari Baharom spaka. Ayam ini ialah milik sahabat CJ iaitu Cgu Rosli Papar. Beliau ingin menukar ayam ini dengan sesiapa sahaja yang berminat. Sudah dapat anak dari bapak ini dan nak try baka lain pula katanya. Ayam ini sesuai untuk turun baka dan sudah pencen turun game. Pada CJ pun ada sekor induk remaja dari bapak ini. Hubungi tuannya Cgu Rosli 0198728298 untuk maklumat lanjut mengenai ayam kubing ini.

Kepada sesiapa yang berminat boleh juga kemukakan kepada CJ. Tukar suka sama suka. CJ akan uruskan penghantaran ke semenanjung. Disebabkan Mr. X Penang order induk gegar CJ tu maka CJ akan naik flight dari Sabah terus ke Penang pada 2 Jun, pas tu baru balik Perak. Biasanya CJ turun di KLIA. Sempat juga CJ turun game di Penang 5 Jun tu.



Triple H

**** Anda juga boleh dapat maklumat mengenai ayam ini di blog serama paka dengan nama MUDA KUBING.

Thursday, May 6, 2010

Video : Kuda Padi 02

Entah bila la Si Kuda Padi nie nak parking. Paten body dia boleh tahan tinggi dan tiada masalah casis setakat ini. Macam biasalah darah remaja agak ganas skit tidak pandai duduk diam.


Video : Kuda Padi 01

Video kuda padi yang baru nak belajar main di meja. Kuda padi ini adalah adik beradik induk gegar CJ baka kuda laut. Begitu lincah dia di meja tapi mcm lambat lagi nak parking.


Wednesday, May 5, 2010

Video : Bapak baka limbat + Husin

Ini ialah koleksi video pembaka utama di reban CJ iaitu Bapak limbat berdarah limbat+husin. Anak-anaknya banyak menempa nama di setiap pertandingan di Sabah. Boleh di katakan setiap pertandingan pasti ada anak2nya bergelar juara. Walaupun bapak ini breeding full time tetapi CJ tetap bawanya ikut game kerana gayanya yang boleh tahan.




Tuesday, May 4, 2010

Twin Jr bakal muncul...

Kini sudah muncul Twin Jr yang bakal menggantikan Twin Slim yang telah mati. Bak kata orang patah tumbuh hilang berganti. Anak putih ini merupakan anak pertama cross bapak limbat cgu mie + induk rinting gegar cgu zaki. Body pendek dan leher panjang macam anak burung unta ja CJ tengok :)