Sunday, December 11, 2011
Wednesday, November 23, 2011
Syabas!!! Game di Sabah bebas judi
Inilah topik hangat yang menjadi bualan dunia serama sekarang. Perkara ini sebenarnya sudah
lama dibincangkan dan kami geng serama sabah sudah aplikasikan game mengikut garis
panduan Islam. Jadi, game di Sabah HALAL !!!
Menurut Naib Pengerusi Kelab Serama Papar, berikut ialah kaedah yang digunakan:
Monday, November 14, 2011
Video : Pertandingan serama papar sabah
Ini video game Papar 30/10/2011 yang lalu. Hasil kreativiti saudara Masdin serama waja. Aym baka CJ juara beberapa kategori;
Kategori A -peluru sutera laut ( Limbat ) *dihantar latihan di rumah saudara Razak
Kategori B - BOTB -manisan laut ( Limbat+anjaria) *milik saudara Razak
Kategori Induk ( Kuda laut+keruwak ) *milik sangko, kini sudah dipinang orang brunei ;)
Kategori ATL -peluru batek ( Tok uban+limbat ) *Disimpan oleh saudara sarudin
Monday, November 7, 2011
Kuiz 1 : Pilihan jawapan
Friday, November 4, 2011
Kuiz 1 : Multivitamin
Adakah kalsium???
Vitamin C???
Vitamin K???
Atau selain di atas????
1. Dalam mulut terdapat keputihan terutamanya lelangit dan lidah.
2. Pernafasan tidak lancar.
3. Mata dan hidung berair.
4. Berat badan menurun.
5. Nafas berbau busuk.
Sila beri jawapan anda pada ruangan chatting box di sebelah.... Jawapannya akan diberi pada posting akan datang.
Tuesday, October 25, 2011
Adakah Abg Safie sekali lagi akan berturut2 ambil hadiah seperti game papar edisi pertama?
Adakah warna tok uban ara akan banyak top 3?
Thursday, October 20, 2011
Main Murai 2
Saturday, October 15, 2011
Punca telur lembik episod 2
Telur penyu
Talur licak ( Sabah )
Kerabang lembek ( Indon )
Tulang sotong
Pasir laut
Serbuk kalsium
1. Kekurangan kalsium atau vitamin D
40-60% punca masalah telur lembik adalah berpunca daripada kekurangan kalsium. Induk bertelur memerlukan 20kali ganda kalsium daripada aym biasa. Proses penyerapan kalsium adalah bergantung kepada kecukupan vitamin D. Vitamin D bertindak seperti vacuum untuk menyerap kalsium masuk ke dalam darah. Jika kurang vitamin D maka kuranglah proses penyerapan kalsium ke dalam darah. Sebab itulah pemberian kalsium tanpa vitamin D adalah tindakan yang sia-sia. Pastikan minuman ayam anda mengandungi vitamin D yang secukupnya. CJ belum jumpa pil/kapsul vitamin D utk ayam melainkan dalam bentuk cecair.
2. Suhu / cuaca panas
Pelik juga bila disebut cuaca panas pun boleh menyebabkan telur lembik. Pada saat suhu reban yg panas, ayam akan kelihatan tercungap2 sehingga mengeluarkan banyak gas karbon dioksida (CO2). Induk sebenarnya sangat memerlukan CO2 untuk membentuk kulit telur yang keras. Kulit telur secara teorinya adalah gabungan daripada beberapa unsur diantaranya:
3. Jangkitan penyakit
Induk yg berpenyakit juga boleh menjejaskan kualiti telur. Pastikan vaksin diberikan mengikut jadual.
4. Stress
Induk bertelur memerlukan ketenangan. Induk yang bertelur lembik biasanya agak gelisah semasa d dalam reban. Mungkin disebabkan dipukul oleh aym lain atau keadaan reban yang kurang sesuai. Stress menyebabkan pembentukan kulit telur menjadi tidak sempurna.
Masalah ini kena bagi settle cepat bro. Biasanya telur lembik nie adalah makanan kesukaan ayam. Jika ada telur ini d dlm reban mmg berebut la aym lain nak mematuk. Lebih padah lagi jika induk itu sendiri yang makan telurnya kerana inilah punca mengapa ada sesetengah induk yg suka mkn telurnya. Sudah terbiasa mkn telur lembik maka telur yg normal pun dia akan makan. Bab induk makan telur nie kemudian la CJ cerita. Apapun semoga anda dapat manfaatkn ilmu yg CJ berikan nie utk kegunaan sendiri dan disebarkan kepada rakan yg lain. Wassalam....
Tuesday, October 11, 2011
Telefon rosak...
Phone CJ rosak. Semua data hilang dan cuma ada beberapa nombor sahaja yg ada save dalam sim card. So, kepada kawan2 yg biasa berurusan dengan CJ sila sms nama anda untuk CJ save ke hset yg baru, masih guna nombor lama 017-8199123 Susah juga jika CJ nak cari balik no phone sorang2. Harap maklum.
Sunday, October 9, 2011
Punca telur lembik
KLIK SINI
juga baca artikel ini...
SILA KLIK
Oleh itu;
1. Kenal pasti punca mengapa induk serama anda bertelur lembik.
2. Pil kalsium paling sesuai diberi waktu petang@malam.
3. Cacing juga boleh menyebabkan induk bertelur lembik.
4. Elakkan stress pada induk.
Punca induk stress antaranya;
1. Dipukul induk lain.
2. Pasangan jantan yg terlalu ganas.
3. Reban kurang sesuai.
4. Makan minum tidak dijaga baik.
5. Berpindah reban.
Monday, September 26, 2011
Peluru remaja dalam latihan Sept 2011
Monday, July 25, 2011
VIDEO : Suasana Game Beaufort Julai 2011
Sunday, July 24, 2011
Peluru Udin Juara ABS Beaufort 23/07/2011
Tuesday, July 19, 2011
TIPS : Trim bulu anak serama
Anak 1 : Besi buruk si kaki biru
Anak 2 : Kuda laut si kaki halus
Sunday, July 17, 2011
Peluru makan tuan
Saturday, July 16, 2011
Friday, July 15, 2011
PELURU SESAT bakal muncul...
Peluru nie dari anak lagi mmg CJ setting utk buat bapak ja sebab belunjur n cutting panjang. Bila nak masuk muda baru la try saja2 serkup n kerap gosok. Dalam masa 2 mgu ja tarik n parking n terus disambar Abg Razak. Gambar di bawah sebelum Abg Razak ambil. Lepas nie x tau plak jadi mcm mana aym nie.
Peluru Sesat CJ serkup atas simen n rumput je. Mungkin ada sesetengah aym sesuai dengan cara nie. Paling penting kena rajin gosok. Setakat serkup je mmg x menjadi.
Saturday, July 9, 2011
Video : Peluru Udin game Sipitang
No. 3 ABS
Alangkah bagus jika x ada partition biru tu ;)
Video sumbangan Masdin Sri Waja. Tq bro....
Anak Peluru Lanun bakal muncul
Thursday, July 7, 2011
TIPS : Training serama versi Razak Papar
Serama bernama Manisan Laut ini adalah kepunyaan Razak Papar. Bapaknya dari pembaka limbat CJ nama lebai malang dan ibunya dari baka anjaria cgu irwan yang diperolehi dari om penang. Manisan laut pernah mendapat BOTB semasa game di Papar bulan lepas. Pas nie boleh step yang berikutnya iaitu teknik serkup supaya boleh parking n lonjak.
Monday, June 20, 2011
Rutin setiap hujung minggu
Monday, May 30, 2011
Peluru Udin game 29/5/2011 Papar
Apapun CJ minta maaf sebab tidak dapat mengambil banyak gambar sebab sibuk sebagai MC semasa pertandingan. Semasa BOTB pun terpaksa ambil gambar walaupun sepatutnya time nie la kena bagi semangat pada Peluru Udin ;)
PENGAJARAN
Kerap kita terlupa bahawa karpet juga merupakan sesuatu yg sangat perlu di ambil perhatian semasa training serama. Kena biasakan ayam dengan pelbagai warna karpet supaya dapat beraksi dengan baik. Kalau boleh kena kenal pasti seminggu sebelum game warna karpet yang akan digunakan semasa game supaya ayam akan terbiasa dan dapat menunjukkan gaya maksimumnya. Jangan salahkan penganjur jika karpet yang digunakan tidak mengikut warna kebiasaan serama anda. Kalau banyak komen bawa karpet sendiri la bro...hehehe
Friday, May 20, 2011
Tanding : 29 MEI 2011 PAPAR
- Sebuah piala rebutan disediakan.
( copy n paste dari seramakitani.blogspot.com )
Sunday, May 15, 2011
Tips : Hidung tersumbat
Ketulan yang keluar berbau busuk dan kadang-kala akan berlaku pendarahan. Lap segera darah yang keluar supaya tidak disedut masuk ke dalam hidung. Apabila melibatkan pendarahan maka perlu diberi antibiotik supaya tidak berlaku jangkitan kuman.
So, selepas ini boleh lah check hidung2 serama anda. Kalau dibiarkan tanpa dicuci boleh mendatangkan mudarat kepada ayam. Berikut adalah antara punca bagaimana hidung boleh tersumbat :
1. Dalam reban banyak habuk.
2. Sisa makanan masuk dalam hidung.
Dalam kes aym CJ nie puncanya mungkin dari sisa makanan. Kadang2 tu terlupa nak top up makanan sehingga kosong bekas makanan dia. Pas tu apa lagi masuklah makanan tu dalam bekas dia yg kosong banyak2 sampai penuh. Ayam yg kelaparan apa lagi terus ja mematuk sampai paruh n hidung dia penuh makanan melekat.
Pernah juga ada kes ayam yang kehausan mati secara tiba2 apabila diberi minum. Puncanya ialah tuannya tuang air terlalu banyak hingga aym tu menyelam kepalanya minum air. Air masuk hidung dan ayam akan mati kelemasan.
SELAMAT HARI GURU 2011 :)
Tuesday, April 19, 2011
Tips : Penyakit koksidiosis ( Berak darah )
Sumber : Sila klik
TANDA-TANDA:-
- Najis mengandungi darah
- Balung ayam kelihatan pucat
- Warna kaki menjadi pudar dan kekeringan
- Ayam lemah dan lesu
- Kadar kematian tinggi pada anak ayam
- Pendarahan di usus kecil dan sekum
Lain-lain artikel
Sumber : Sila klik
Pencegahan dan pengobatan (bahasa indonesia)
Agar ayam terhindar dari berak darah, harus dilakukan langkah-langkah pencegahan seperti pengaturan sistem ventilasi udara yang baik, pengaturan kepadatan kandang yang sesuai dengan kapasitasnya dan penyediaan tempat pakan dan minum yang yang cukup. Khusus untuk pengaturan tempat air minum, sebaiknya menggunakan tempat minum model nipple drinker agar tidak banyak air yang tumpah ke litter. Hal ini dapat mengurangi resiko kelembaban tinggi pada litter. Jangan lupa berikan koksidiostat (pencegah berak darah) kimiawi dan ionoforik untuk broiler dan koksidiostat sintetik untuk induk dan pullet petelur sesuai dengan petunjuk yang ada.
Bagaimana jika berak darah sudah terlanjur berjangkit? Jangan panik. Berikan ayam yang terjangkit tersebut dengan larutan amprolium atau sulfonamida dalam air minum. Pemberian air yang dapat mensuspensi suplemen vitamin A dan K dapat pula mempercepat proses penyembuhannya.
Lain-lain artikel berkaitan
Sumber : Sila Klik
PENGUBATAN
Ubatan yang paling sesuai ialah yang mempunyai komposisi AMPROLIUM, VITAMIN A dan VITAMIN K. Buat masa ini CJ menggunakan ubatan THERAPY MEDION jenama Medion yang terbukti berkesan dan mengandungi komposisi di atas serta ada penambahan oxytetracycline sebagai antibiotik. Sila rujuk laman web ini untuk maklumat lebih lanjut. Sila klik
Sumber di atas menyatakan bahawa penyakit ini 66% terjadi pada anak ayam berumur 2-5 minggu. Jika anda mempunyai sejarah pernah terjadi penyakit ini pada anak ayam maka langkah pencegahan haruslah di ambil. Mencegah lebih baik dari mengubat!!
THERAPY MEDION 100gram
Dalam bentuk serbuk. Aturan penggunaan disertakan.
Di beri selama 5-7 hari berturut-turut sebagai pencegahan pada anak ayam. Kalau ibu atau ayam lain minum pun x ada masalah.
Pastikan alas lantai samada pasir atau karpet kerap di tukar. Jika ada najis berdarah maka mestilah dibuang dengan segera najis tersebut!!
RM30 sekali kos penghantaran seluruh Malaysia.
Monday, April 18, 2011
Peluru Udin April 2011
Tubuh makin kecil
Bulu makin rapat
Gaya konsisten
Puas pusing meja sampai kamera pun dia nak patuk ;)
Ada kalanya serama jantan perlu di beri panjat induk supaya lebih aktif. Serama hyper aktif juga kadang2 boleh slow sikit apabila di beri induk. Apapun fahami dan halusi betul2 perangai serama anda.