Friday, February 26, 2010

Lagi anak baka kuda laut.....

Lepas nie Cgu Zaki kena bagi subsidi pada CJ la sebab promosi baka dia :) Untung juga bila jual serama pada blogger nie sebab dalam masa yang sama bleh promosikan ayam kita. Setakat ini belum ada lagi blogger yang memberi respon negatif pada sesuatu baka.



Ini ialah anak dari induk kuda laut juga iaitu adik beradik betina pada entry CJ yang lepas. Anak jantan ini memiliki kaki dan peha yang tinggi sehingga sayapnya hanya separas lututnya sahaja apabila ia tarik. Kalau tanding memang kurang lah markah sayap.



Teknik fotografi yang menarik. Bukan senang nak susun ayam berbaris macam nie :) Sebenarnya anak induk kuda laut nie menetas 3 biji serentak atau dengan kata lain anak 3 ekor dalam foto di atas adalah sama umur dari induk dan bapak yang sama. Anak yang paling kecil tu semasa kecil dah 2,3 kali masuk ICU kerana sakit dan sekali tengok dah macam x ada harapan nak hidup. Tetapi sekarang nie dia sudah kembali cergas dan aktif cuma kelihatan sedikit awet muda. Orang kata anak yang masa kecil selalu sakit nie la yang besar nanti potensi dia lain macam. Kita tungggu dan lihat nanti. Tunggu.........

Thursday, February 25, 2010

Anak 1st induk kuda laut

PELANDUK DUA SERUPA


KE MANA HENDAK TUMPAHNYA KUAH KALAU TIDAK KE NASI


Inilah antara perumpamaan yang boleh diungkapkan apabila melihat ibu dan anak baka kuda laut ini. Anak sulungnya memiliki cutting dan warna seiras ibunya. Semoga adik2nya pun akan keluar begini, aminnnn.... :)



Induk ini jiran CJ panggil dengan nama 'ayam burung' kerana bentuknya seperti burung serta sayapnya yang tajam. Kini, anak musim keduanya bakal berubah wajah apabila CJ menggunakan bapak pembaka yang lain iaitu bapak limbat. Orang Sabah kurang minat skit ayam kaki hijau, sebab tu la nak try cross dengan bapak limbat yang 1 suite warna kuning rinting.